Public Liability atau Liabiliti Awam
![]() |
public liability liabiliti awam Malaysia |
Public liability insurance atau insurans liabiliti awam adalah sejenis insurans yang melindungi perniagaan atau individu daripada tuntutan undang-undang yang berkaitan dengan kecederaan fizikal atau kerosakan harta benda yang dialami oleh orang awam semasa berada di premis atau akibat aktiviti perniagaan. Insurans ini membantu menampung kos guaman serta sebarang ganti rugi yang mungkin perlu dibayar.
Siapa yang Perlu Mengambil Public Liability Insurance atau Insurans Liabiliti Awam?
- Peniaga dan Pemilik Perniagaan - Sesiapa yang memiliki kedai, restoran, atau premis perniagaan yang terbuka kepada orang awam.
- Kontraktor dan Pembina - Mereka yang bekerja di tapak pembinaan atau melakukan kerja luar yang mungkin melibatkan orang awam.
- Penyedia Perkhidmatan - Pihak yang menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada pelanggan, seperti pereka acara, pengasuh, dan perkhidmatan penjagaan.
Kenapa Perlu Mengambil Public Liability Insurance atau Insurans Liabiliti Awam?
- Perlindungan Kewangan: Ia membantu melindungi aset perniagaan daripada tuntutan yang boleh menjejaskan kewangan.
- Meningkatkan Kepercayaan Pelanggan: Memiliki insurans ini meningkatkan keyakinan pelanggan bahawa anda mengambil serius keselamatan dan tanggungjawab.
- Kepatuhan Undang-Undang: Dalam beberapa kes, perniagaan mungkin diwajibkan untuk memiliki public liability insurance untuk mematuhi peraturan atau syarat lesen perniagaan.
- Melindungi Reputasi: Dalam kes tuntutan yang sah, insurans ini boleh membantu menangani isu tanpa merosakkan reputasi perniagaan.
Peringatan
Pastikan Polisi Aktif Sebelum Musibah Kena Untuk Membolehkan Claim Valid
* Kes Insurans/Takaful General, memerlukan pihak Underwriter untuk buat penilaian risiko sebelum mengeluarkan quotation harga(terima) atau tolak permohonan. Setiap kes adalah berbeza penilaian. Diharapkan anda bersabar menunggu proses daripada pihak syarikat insurans/takaful.step mohon general insurance takaful
Jika anda berminat untuk semak harga secara PERCUMA, sila isi form di bawah:
0 Ulasan